14 January, 2015

MISI BANTUAN PASCA BANJIR MEMBANTU USAHAWAN AHLI DUID KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua barisan AJK Agong / Pengerusi Duid Negeri serta ahli-ahli Duid seluruh negeri.. DUID M'SIA menzahirkan rakaman ucapan takziah kepada usahawan ahli-ahli DUID yang menjadi mangsa banjir di Kelantan,Pahang,Terengganu,Perak,Johor dan juga Negeri Sembilan. DUID M'SIA amat bersimpati dan prihatin atas musibah dan ujian yang menimpa mereka dan ingin bersama-sama menghulurkan bantuan keperimanusiaan sebagai tanda keperihatinan kami. Bagi fasa yang pertama, ini DUID M'SIA akan menyerahkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan asas kepada 100 keluarga mangsa banjir di Kg.Laut dan Tumpat,Kelantan yang ramai terdapat di sana adalah usahawan IKS  pengusaha serunding dan sebagainya. Sumbangan 1 Box keperluan asas tersebut berharga RM60.

Justeru itu semua warga DUID dan kerjasama DUID Negeri adalah dipohon bagi memanjangkan makluman ini di negeri masing-masing terutama kepada negeri yang tidak terlibat dengan bencana alam ini yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan Pasca Banjir DUID M'SIA prihatin dengan memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun dalam bentuk sumbangan 1 Box keperluan asas RM60. Bagi yang ingin menyumbang sila bank in kepada akaun MBB 564070609518 ( KOPERASI USAHAWAN INDUSTRI DESA MALAYSIA ) selewat-lewatnya sebelum  26/01/2015. Semua sumbangan akan dibawa dan diserahkan sendiri kepada mangsa mangsa banjir oleh Presiden dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Duid M'sia pada Sabtu 31 Januari 2015. Semoga amal kita yang sedikit ini dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah bencana alam yang sangat dahsyat ini. Wassalam... B/P Pengurusan DUID M'SIA.

No comments:

Post a Comment